Translate

Monday, 11 November 2013

Tahta by Filsuf ft. Erna


(Filsuf)
Di mana tempat adanya kuasa
Di situ juga adanya angkara
Di mana ada namanya manusia
Di situ juga adanya punca
Propaganda
Hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas

(Erna)
Demi dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita cita
Di mana ada kuasa dan tahta
Ramai yang telah menjadi mangsa

Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik noktah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

(Filsuf)
Aku pernah berada di madan perang
Ciptaan saudara saudara ku
Bila harga nyawa lebih murah 
Daripada sebungkus keju

Peduli apa kata mu
Peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus 
Hanya ajal dan maut
Yang akan datang bertamu
Cuma ini yang ku mahu

Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu 
Bila kau tiada lagi bernyawa
Aku sudah berada di atas tahta

(Erna)
Demi dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita cita
Di mana ada kuasa dan tahta
Ramai yang telah menjadi mangsa

Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik noktah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

(Filsuf)
Saudara ku yang berada di sekeliling ku
Saudara ku yang sanggup menempuh maut dengan ku
Saudara ku yang hidup mati bersama aku

Saudara ku yang telah gugur kerana aku
Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa

Hampir ku hilang nyawa
Hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula

Ku diberikan  peluang untuk kali yang kedua
Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa 
Supaya tak mudah megah

Yang di atas pasti ke bawah
Giliran di atas berlumba lumba
Bersedia menanti masanya untuk 
Menimpa untuk mengambil tahta

Tiada yang kekal lama
Semuanya hanya sementara 
Kerana punca kerana angkara
Kerana kuasa dan tahta
Tiada yang lebih berkuasa 
Selain dari yang berkuasa

(Erna)
Demi dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita cita
Di mana ada kuasa dan tahta
Ramai yang telah menjadi mangsa

Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik noktah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya
 


No comments:

Post a Comment