Translate

Saturday, 9 November 2013

Infiniti Cinta by Zizan ft. Kaka(lirik)

     

(Zizan)
Bermula ku temu gadis berkaca mata,
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita,
Tinggi 5/3 laksana primadona,
Terigau mimpi sini juga khayal nyata sana.

Pernahkah kau terdengar tiada dara yang ku renggang,
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku,
Seribu memurai usah satu pun kau percaya,
Seribu menggadai kau satu sumpah setia.

Klise dihati ku kau bermaharajalela,
Manifesto luput bila nafas henti hela,
Tiada medan yang takkan ku bangkit yang ku juang,
Demi seru kau sayang demi kau seorang,
Demi seru kau sayang demi kau seorang.

(Kaka)
Ucapkanlah kata kata mu dengan gurau senda mu,
(Zizan)
Ku cuba menahan ketawa ku,
(Kaka)
Jelaskanlah apa kau mahu kan ku sedia menunggu,
(Zizan)
Apa yang ku rasa kau tak tahu.

(Zizan)
Takkan ada lagi cinta yang setara,
Kau dan aku,
Kau dan aku.

Kan baru saja aku bilang,
Ku mahu seru kau sayang,
Hikayat kau aku tanpa dia dan bayang bayang,
Diteraju kau aku sutradara yang Maha Esa,
Tetap kau aku lintas bandar rentas desa.

Dan kenapa pula aku mahu jelas satu satu,
Leraikan yang terbuku dan segala di dadamu,
Salam perkenalan yang disulami dua hasrat,
Moga moga kita kekal hingga ke akhirat,
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat.

(Kaka)
Ucapkanlah kata kata mu dengan gurau senda mu,
(Zizan)
Ku cuba menahan ketawaku,
(Kaka)
Jelaskanlah apa kau mahu kan ku sedia menunggu,
(Zizan)
Apa yang ku rasa kau tak tahu

(Zizan)
Takkan ada lagi cinta yang setara,
Kau dan aku,
Kau dan aku.

(Kaka)
Apakah guna seorang raja tanpa permaisuri di sisinya,
(Zizan)
Ibarat jantung tiada degupannya,
(Kaka)
Dan diri aku bisa menjadi ratu aku,
(Kaka)
Andainya kamu mampu buktikan padaku.

(Zizan)
Cinta bukan saja bukti,
Ku uftikan cinta infiniti,
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati,
Kau istimewa tiada metafora kerna kau tidak ketara,
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara,
Tiada metafora kerna kau tidak ketara.

(Kaka)
Ucapkanlah kata kata mu dengan gurau senda mu,
(Zizan)
Ku cuba menahan ketawaku,
(Kaka)
Jelaskanlah apa kau mahu kan ku sedia menunggu,
(Zizan)
Apa yang ku rasa kau tak tahu

(Zizan)
Takkan ada lagi cinta yang setara,
Kau dan aku,
Kau dan aku.

Satu satu aku mahu kamu,
Dua dua hanya kita berdua,
Tiga tiga bersama sama selamanya,
One more time!
Satu satu aku mahu kamu,
Dua dua hanya kita berdua,
Tiga tiga bersama sama selamanya.

Takkan ada lagi cinta yang setara,
Kau dan aku,
Kau dan aku.


Ucapkanlah kata kata mu dengan gurau senda mu,
Jelaskanlah apa kau mahu kan ku sedia menunggu,

(Zizan)
Takkan ada lagi cinta yang setara,
Kau dan aku,
Kau dan aku.

 




2 comments: